Feb 19, 2018

Malam Starvaganza 2017

Alhamdulillah,

Insya-Allah Malam Starvaganza Ana Edar untuk tahun 2017 akan dibuat De Palma Hotel Ampang pada 5 Mei 2018.

Tema kali ini adalah hitam dan merah.


Tidak sabar untuk Kak Ida sertainya. Insya-Allah.

Tutorial | Tempahan Baru Bizz App untuk Qaseh Gold Junior

Assalammualaikum,

Hari ini Kak Ida kongsikan bagaimana menghantar pesanan Qaseh Gold Junior melalui aplikasi bizz app.

Bizzapp boleh diakses melalui web http://www.bizapp.my/ atau melalui aplikasi yang dimuat turun melalui apps store di telefon masing-masing.

Daftar (bagi mereka yang belum mempunyai akaun bizz app) atau login (bagi mereka yang sudah mempunyai akaun bizz app).


Ini adalah submenu yang ada di paparan sebelah kiri bizzapp. Klik pada submenu TEMPAHAN BARU untuk menghantar pesanan Qaseh Gold Junior.


Masukkan maklumat seperti Nama Pelanggan, Alamat , No H/P, emel dan Produk. Bagi ruangan yang bertanda * adalah ruangan yang wajib diisi.

Tempahan baru ini juga boleh diisi bagi merekodkan data pelanggan.


Bagi ruangan Produk, klik [+] dan paparan berikut akan dipaparkan. Pilih produk sama ada Qaseh Gold Junior atau Qaseh Gold Junior Kombo.


Kemudian, pilih kuantiti. 


Setelah produk dipilih, masukkan maklumat-maklumat bukti pembayaran bagi proses penghantaran. Boleh juga memilih C.O.D jika agen atau stokis menawarkan servis tersebut.

Selesai pembayaran dibuat, pilih tiga titik bertindih yang terletak pada menu diatas. Pilih sama ada Hantar Tempahan ataupun disimpan sebagai draf.

Ok dulu kali ini, semoga perkongsian Kak Ida berkaitan tutorial bagi submenu Tempahan Baru membantu agen menggunakan aplikasi ini.

Jumpa di entry akan datang. Tata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...