Home »

Sep 13, 2016

Vision Board

Assalammualaikum.

Sudah lama Kak Ida tidak menulis.

Bukan merajuk. Kekangan masa yang menghambat kesibukan.

Hari ini Kak Ida hendak berkongsi kepentingan Vision Board.


Bukan untuk orang berniaga sahaja, tetapi juga boleh sesuai kita dan juga sebagai satu aktiviti untuk anak-anak.

Apa itu vision board?

Apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita.

Selalunya Kak Ida pecahkan sekecil-kecil perkara seperti berikut:

Keluarga.
Kerjaya.
Bisnes.
Impian.
Harapan.

Kak Ida akan print gambar yang berkaitan dengan vision dan letakkan tarikh "jangkaan" impian Kak Ida akan tercapai.

Contohnya, sebelum 31 Disember Kak Ida akan hendak beg Coach edisi khas!

Gituw!

Susunkan secantik yang boleh pada vision board itu untuk ditampal di tempat yang hari-hari kita tengok.

Insya Allah,

Fikir yang baik-baik.
Cakap yang baik-baik.
Pengakhirannya juga akan baik juga nanti.

Jangan lupa sharekan vision board masing-masing ya.

Nanti kita akan aminkan bersama-sama semoga vision board kita tercapai mengikut apa yang kita harapkan.

Amin! :)

Catatan Suri Qaseh
5.38 pm.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...