Dec 25, 2014

Milk booster ibu menyusu

Salah satu milk booster secara semulajadi adalah jus pegaga.

Untuk makluman ibu, setiap 10g bahagian pegaga yang boleh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.


Resipi untuk membuat jus pegaga.
100 gram pegaga (cuci daun pegaga dengan air garam dan bersihkan akarnya)
Sedikit gula perang
500 ml air masak
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Masukkan pegaga dan letakkan gula perang (bergantung pada sukatan yang ibu suka), air masak dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar daun pegaga dan ambil jusnya.
3. Sedia diminum sama ada suam atau diletakkan dengan ais.

Selamat mencuba!

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Pray4PantaiTimur

Assalammualaikum.

Minggu ini kita dikejutkan dengan bencana banjir besar yang telah melanda di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Seramai 90,000 mangsa banjir telah dipindahkan di pusat-pusat banjir yang dibuka.


Bencana tahun ini adalah yang paling teruk setakat ini.


Saya amat-amat berharap ibu dapat menyusukan anak kerana ketika musim banjir ini berlaku, kekurangan air bersih amatlah kurang. Air yang bersih sangat diperlukan untuk mencuci botol susu, membancuh susu formula, mensteril peralatan penyusuan dan lain-lain lagi.

Jika tidak, bayi mudah dijangkiti dengan penyakit bawaan air seperti cirit-birit. Jadi, ibu-ibu kenalah lebih berhati-hati dalam menguruskan bancuhan susu formula. Pertingkatkan kebersihan untuk mengelakkan sesuatu yang lebih teruk akan terjadi.

Saya doakan mangsa banjir diberikan kekuatan dan semoga Allah permudahkan semua urusan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Dec 10, 2014

Saiz perut bayi menyusu

Ramai ibu risau apabila tiada susu terhasil selepas bersalin. Risau sekiranya bayi menangis atau lapar. Tetapi apa yang perlu diketahui sebenarnya bayi yang baru lahir mempunyai saiz perut yang sangat kecil cuma sebesar biji ceri sahaja.


Jadi adalah tidak logik sekiranya payudara menghasilkan susu yang sangat banyak pada hari pertama. Pada awal kelahiran dengan perut bayi yang kecil, kolostrum yang dihasilkan secara purata sebanyak 37 mililiter sahaja yang sudah cukup untuk mampu menampung keperluan bayi anda.




Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Dec 6, 2014

Fakta menarik tentang BADAM

Fakta Menarik BADAM

Selain daripada buah kurma dan tiin, badam adalah makanan terawal ditanam oleh manusia! Badam kaya dengan protin, vitamin E dan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi.


Amalan memakan badam boleh meningkatkan kecerdasan minda, membekalkan tenaga, mencantikkan kulit dan menyokong kesihatan yang baik!

Khasiat badam kini boleh dinikmati bersama sama dengan khasiat makanan sunnah yg terkandung di dalam Qaseh Gold Junior.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir


Mencapai keseimbangan hidup

  1. Tanyakan pada diri sendiri apakah yang 'hilang' dalam hidup selama ini. Mungkin selama ini anda tidak nampak kekurangan diri sehingga melakukan sesi post-mortem terhadap keperibadian serta tingkah laku anda selama ini.
  2. Tetapkan sasaran dan masa untuk mencapai sesuatu yang anda impikan. Sebagai contoh, setiap awal tahun anda menetapkan sasaran atau target untuk dicapai menjelang suku atau setengah tahun. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah realistik dan boleh dicapai.
  3. Senaraikan perkara-perkara yang perlu anda lakukan untuk mencapai impian anda. Tetapi ingat, pastikan tahap kemampuan anda sebelum melakukan sesuatu perkara.
  4. Berkongsi maklumat bersama rakan atau keluarga tentang perubahan yang sedang anda lakukan. Walaupun kadang-kala mereka tidak dapat membantu mencapai apa yang anda inginkan, tetapi sekurang-kurangnya dorongan dan kata-kata semangat mampu menjadi azimat untuk anda menuju kejayaan.
  5. Usah lupa membuat penilaian diri terhadap apa yang sedang anda lakukan. Kebanyakan kusus motivasi akan mengedarkan borang penilaian diri, tidak salah jika anda juga menyimpan borang tersebut untuk kegunaan peribadi. Ia dapat mengukur sebarang kemajuan yang telah dicapai.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...