Nov 30, 2014

Mesti ada

Setiap ibu seharusnya siap sedia Qaseh Gold Junior dalam peti ais di rumah SEBAB:

  1. Bila anak terkena selesema,batuk dan kahak terus bagi. Ia mengandungi madu dan habbatus sauda' sebagai penawar semulajadi penyakit ini dan membantu melegakan pernafasan. Kebiasaan hingus hilang dalam tempoh 24 jam tanpa perlu ubat doktor.
  2. Bila anak lemah dan tiada selera makan, mudah mengantuk ketika belajar berikan Qaseh Junior yang kaya kurma, mengandungi badam, bayam dan kismis yang sangat bagus untuk kecerdasan otak, menguatkan dan mencergaskan tubuh serta menambah selera anak.
  3. Bila anak tidak suka makan sayur dan buah serta kerap SEMBELIT berikan Qaseh Junior yang mengandungi 15 ramuan dengan 8 di antaranya adalah makanan sunnah agar si anak mendapat khasiat nutrisi bagi melengkapkan dietnya serta membantu penghadamannya supaya lawas. Ia kaya prebiotik dari gam arab dan kaya kurma sebagai pembekal serat untuk kesihatan dan kelawasan usus.
  4. Bila anak tidak membesar sejajar usianya berikan Qaseh Junior sebagai suplemen hariannya bagi membantu tumbesaran dan kesihatan tubuhnya. Ia membekalkan sejumlah nutrien, vitamin dan zat untuk kesihatan tubuh si anak.
  5. Qaseh Gold Junior tidak wajar ditolak dengan kebaikan makanan sunnah di dalamnya. Sedangkan orang Yahudi mengamalkan makanan sunnah dalam diet seharian untuk kekal sihat dan cerdik, mengapa tidak kita, umat Nabi Muhammad SAW sendiri? Hidupkan sunnahnya di rumah kita, raih keberkatan darinya. Mudah-mudahan anak bukan sahaja sihat fizikal, cerdas mental tapi juga soleh dan solehah!


Dapatkan Qaseh Junior sekarang.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 25, 2014

Sistem Imun

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah dari Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat.

Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus).

Ia juga merupakan sistem pertahanan pertama apabila badan dimasuki kuman.

Oleh itu, sememangnya sgt penting utk kita menjaga dan memastikan sistem imun kita berada dlm keadaan yg sangat baik.




Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 22, 2014

Apa itu PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)

Terdapat beberapa sebab kenapa ovari gagal berfungsi, dalam erti kata lain ovulasi tidak dapat berlaku setiap bulan.

Pertama adalah disebabkan oleh PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). PCOS adalah masalah endoktrin yang utama pada wanita. Ianya merupakan punca utama 80 peratus kes-kes subfertiliti. Pesakit PCOS biasanya mereka obes, haid tidak teratur, masalah infertility dan ada masalah hirsutisma. Mereka ini mempunyai masalah ovulasi kerana folikel/telur gagal membesar dan melepaskan ova. Mereka yang mengalami endometriosis juga mempunyai masalah ovulasi.



Saluran fallopian boleh tersumbat disebabkan oleh endometriosis, jangkitan kuman dalam pelvis dan sebarang pembedahan di dalam perut.

Bagi suami pula jumlah sperma yang diperlukan minima adalah 20 juta dan lebih dari 50 peratus adalah aktif dan normal.



Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504



Nov 21, 2014

Khasiat madu untuk ibu hamil dan janin.

Manfaat madu untuk ibu hamil dan janin

  1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahayamata.
  2. Mencegah dari pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain lagi
  3. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan.
  4. Menambah nafsu makan bagi ibu yang hamil.
  5. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman.
  6. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  7. Kulit yang bersih dan sihat kerana dalam madu terdapat vitamin C.
  8. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  9. Penyakit hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan memakan madu oleh ibu yang mengandung.
  10. Membersihkan perut bayi dari najis yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna untuk menghindar dari sakit perut.
  11. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
  12. Mengelak bayi dari kembung perut.
  13. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
  14. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Dalam ‪#qasehgodladinda‬ kaya dengan madu selain daripada kurma.

Sangat sesuai untuk ibu yang hamil.

Berminat untuk mencuba sebotol?


Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

Nov 7, 2014

Bekas dadih untuk penyimpanan susuibu

Saya selalu mendapat soalan adakah bekas dadih sesuai dijadikan bekas menyimpan susu?

Menurut perkongsian buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susuibu,

Elakkan daripada menggunakan bekas dengan nombor kod tiga, enam dan tujuh. Nombor kod tersebut tertera di bawah bekas dadih tersebut.

Bekas yang paling selamat adalah bekas yang BERKOD LIMA kerana ia dibuat daripada polypropylene.


Namun begitu, penggunaan yang berulang kali adalah tidak digalakkan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Bayi yang enggan menyusu daripada botol

Ibu mesti lebih risau terutama ibu-ibu baru yang ingin bekerja semula setelah melahirkan anak. Selain itu, ibu juga turut bimbang dengan meninggalkan anak di taska atau dirumah pengasuh jika anak menolak menyusu menggunakan botol.


Antara beberapa cadangan yang dapat dikongsikan adalah:-
  1. Menjadikan waktu penyusuan botol seperti permainan. Jangan paksa sekiranya bayi tidak mahu mengambil botol. Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai kerana bayi berada dalam keadaan segar dan ceria.
  2. Elakkan terus menyusu daripada payudara sekiranya bayi menolak botol. Bermain-mainlah dengan bayi selama lebih kurang 10 minit dan cuba semula memberinya botol.
  3. Bukan ibu yang memberikan susu menggunakan botol. Minta tolong suami atau pengasuh.
  4. Beri botol semasa bayi masih baru bangun daripada tidur.
  5. Pelbagaikan posisi penyusuan.
  6. Bedung bayi dengan kain ataupun baju ibu supaya bayi terasa dekat dengan ibunya.
  7. Berikan botol sambil berjalan-jalan di luar rumah atau semasa memandikan bayi.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 5, 2014

Tips mengawal kemarahan


Luangkan waktu
Sebelum bertindak balas terhadap situasi yang membuatkan anda marah, sebaiknya diam sejenak. Tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10. Beredar seketika untuk menghindari situasi yang tegang.

Setelah tenang baru luahkan
Setelah tenang dan boleh berfikir dengan jelas, baru ungkapkan rasa kesal anda dengan cara yang baik dan tidak berapi-api. Luah perkara yang mengganggu fikiran dengan jelas tanpa menyakiti orang lain.

Bersenam
Aktiviti fizikal mampu digunakan untuk mengendalikan emosi. Jika merasa kemarahan sudah berada di ubun-ubun, berjalan-jalan sejenak atau berlari. Habiskan waktu untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mengalihkan perhatian daripada kemarahan. Aktiviti fizikal mengeluarkan hormon gembira.

Berfikir sebelum bercakap
Ketika kemarahan sedang meluap-luap, sering kali mereka mengeluarkan kata-kata yang kemudian disesali. Jadi sebelum memuntahkan semua kemarahan, sebaiknya berfikirlah dengan waras.

Cari penyelesaian
Daripada fokus kepada perkara yang membuatkan anda marah, sebaiknya fokus pada penyelesaiannya. Ingatkan diri bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan boleh membuatnya lebih tidak tentu arah.

Jangan berdendam
Maaf adalah penawar yang paling kuat. Jika membiarkan kemarahan dan perasaan negatif melebihi perasaan positif, anda kemungkinan akan bersikap buruk dan tidak adil. Untuk itu, lebih baik jika mampumemaafkan seseorang yang membuat anda marah. Jadikan kemarahan dan kesalahan orang lain sebagai pengajaran.

Berjenaka
Gunakan humor dan jenaka untuk membuat suasana lebih ringan. Jangan gunakan humor yang sarkastik kerana akan menyinggung orang lain dan membuat masalah semakin rumit.

Bertenang dan relaks
Ketika anda mula berasa marah, kemampuan untuk relaks mungkin sangat diperlukan. Lakukan latihan untuk menarik nafas dalam-dalam, membayangkan sesuatu dan meluahkan kata-kata yang boleh membuat rasa tenang. Anda juga boleh mendengar muzik, menulis jurnal atau melakukan yoga.

Tahu bila harus meminta bantuan
Jika masalah mengendalikan amarah menjadi semakin parah dan anda berasa tidak sanggup untuk melakukannya, sebaiknya segera cari bantuan orang lain. Ini boleh mencegah daripada melakukan perkara lebih buruk dan menyakiti orang yang anda sayangi.

Cara kawal kemarahan dari perspektif Islam
Berwuduk

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api. Api itu hanya dapat dipadamkan dengan air.

Membaca al-Quran
Ayat-ayat al-Quran menjadi penawar sakit rohani dan jasmani. Jika badan dan emosi tidak stabil segerakan membaca surah-surah suci.

Berzikir dan beristighfar (memohon ampun)
Zikir paling mudah diamalkan. Boleh dibacakan untuk diri sendiri apabila berasa marah atau kepada orang lain untuk meredakan marah atau panas baran mereka. Dibaca diulang-ulang sambil menggosok dada.

Berselawat
Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi adalah kunci kepada penyelesaian banyak masalah.

Beriktikaf di dalam masjid
Minda kita perlu kepada kelapangan dan ruang. Sifat semula jadi minda kita sukakan ketenangan. Masjid merupakan kawasan lapang yang mampu meredakan kekusutan jiwa.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir

Nov 4, 2014

Petua redakan anak demam

Petua Redakan Anak Demam

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas.


Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.
  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  2. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. Insya-Allah, panas badannya akan turun.
  3. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  4. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  5. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  6. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...