Home »

Sep 15, 2017

Senarai friendlist facebook?

Assalammualaikum.

Kali ini Kak Ida hendak berkongsi apa ciri-ciri sahabat yang perlu diremove dalam senarai sahabat (friendlist) kita.

Berapa kerap kita perlu menyemak friendlist sahabat yang tidak aktif?

Menjadikan medium online sebagai salah satu teknik marketing, like, comment dan share sangat-sangat diperlukan. Ia penting sebagai pendiri bisnes kita untuk menjenamakan produk yang kita jual.

Namun, tidak perlulah kita memuat naik status, "saya nak remove sahabat yang tidak aktif... bla... bla..."

Tidak perlu ya. Sebagai pendiri bisnes, kita perlu dilihat sebagai profesionalisme.


Mahu removed, buat sahaja. Itu lebih baik.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu menyemak senarai friendlist kita setiap enam (6) bulan sekali.

Kak Ida akan buka dekstop, pergi ke menu Friends dan review.

Selalunya Kak Ida akan remove:-
  1. Tiada profile picture.
  2. Tidak menggunakan nama sebenar. Sebagai contoh, "Kereta Jenazah", "Menunggu di pintu neraka". Profile yang menggunakan nama bisnes juga Kak Ida tidak terima. Hahaha
  3. Menggunakan nama Alaxendaer dan sewaktu dengannya.
  4. Tidak memuat naik status berbulan-bulan. (mungkin beliau tidak aktif lagi di facebook).
  5. Selalu memuat naik status yang negatif. Perlu ya sebagai pendiri bisnes kita berada di circle yang positif untuk salah satu cara menjemput rezeki.
  6. Sentisa spam, tag Kak Ida dengan iklan atau ke group (tanpa kebenaran).
  7. Suka berkongsi hal-hal yang Kak Ida rasa tidak perlu untuk tahu, contohnya hal-hal rumahtangga.
  8. Tidak menyokong kita.
  9. ... dan lain-lain yang Kak Ida rasa perlu untuk remove. Hahaha
Kuota 5k sahabat sangat bernilai. Jangan sia-siakan dengan memenuhkan list dengan mereka yang "tidak" memenuhi kriteria kita.

Tidak perlu berhari-hari. Peruntukkan setengah jam untuk review friendlist kita kemudian penuhkan semula kuota dengan add mereka yang positif.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Senior leader Qaseh
Ida Kamilia Mudzakir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...