Home »

Dec 1, 2016

Bulan Disember

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, hari ini kita berada di hari pertama di bulan Disember. Bulan penghujung tahun 2016.

Apa yang ada dalam bulan Disember?

Selalu kita disogokkan, bulan Disember adalah bulan untuk bercuti.


Iye ke?

Sedangkan bulan Disember pada tahun ini agak kritikal kerana bulan ini adalah bulan persediaan untuk anak-anak bersekolah.

Mana nak cari duit yuran sekolah.
Mana nak cari duit baju sekolah, kelengkapan sekolah.
Mana nak cari yuran pendaftaran tadika/sekolah anak.

Betul?

Bagi mereka yang sudah ada persediaan, alhamdulillah.

Bagi mereka yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mengharap bonus atau bantuan kewangan, tetapi ibarat mengharapkan bulan yang tidak gugur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...