Home »

Jun 25, 2016

Stevia ada dalam Rindu Qoqo

Stevia adalah pemanis dan pengganti gula yang diekstrak daripada daun spesies tumbuhan Stevia rebaudiana. Selaian mempunyai nama yang indah, stevia juga unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkan boleh menggantikan gula. Stevia adalah sejenis tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai 'pokok gula'. Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.


Stevia adalah pokok renek yang berasal daripada Paraguay, di mana daunnya  telah digunakan sebagai pemanis oleh orang India Guarani lebih daripada beribu tahun dahulu. Walau pun rakyat India telah menggunakan Stevia berabad tahun, ia tidak dikenali sehingga tahun 1899 apabila tumbuhan itu ditemui oleh Moises.S.Bertoni. Beliau memerhatikan kaum asli tersebut menggunakan tumbuhan itu untuk menjadikan minuman mereka yang pahit menjadi manis. Akhirnya, Bertoni diberi pujian kerana berjaya menemui spesis baru  dan beliau juga diberi penghormatan apabila stevia turut dikenali sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni.


Bahan utama stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside, dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan, ia bebas kalori dan mempunyai rasa manis yang tinggi berbanding dengan gula. Steviosida dan Rebaudioside-A telah dibuktikan 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula. Stevia adalah bebas kalori ,tidak ada toksik, karbohidrat sifar dan memberi manfaat kepada masalah kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, kerosakan gigi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi atau rendah (hypo-and hyperglycemia). Ia  semula jadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine.

Khasiat Stevia

  • Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
  • Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
  • Melawaskan pembuangan air kencing.
  • Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
  • Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
  • Membantu sistem penghadaman makanan.
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  • Berupaya mengawal berat badan (obesiti).
  • Mengurangkan masalah keradangan.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Qaseh Gold Skudai
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...