Home »

Jun 19, 2014

Ekzema

Apa itu Ekzema
Anak anda berkemungkinan mendapat ekzema jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah ini atau mengalami alahan yang lain. Ekzema boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Kira-kira 85 peratus kanak-kanak yang menghidap ekzema, mengidapnya pada umur bawah 5 tahun.



Tanda

Tanda-tandanya ialah kulit kering dan gatal, tompok merah dan kasar pada pipi, celah siku, lutut dan buku lali, kulit kepala dan leher. Pada bayi, ruam ekzema biasanya muncul pada bahagian pipi dan dipanggil ruam susu. Kadang-kadang ia boleh timbul pada kulit kepala, menyerupai kelumumur.

Punca

Masalah kulit ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan ini menyukarkan rawatannya. Antara pencetus ekzema ialah:
  • Alahan terhadap susu lembu.
  • Wangian pada sabun, syampu dan losyen.
  • Faktor persekitaran seperti habuk, debunga dan bulu haiwan.
  • Alahan terhadap makanan - bayi yang menyusu juga tidak terkecuali kerana dia mungkin alah kepada sesuatu yang dimakan oleh ibunya.
Rawatan tidak dapat menyembuhkan masalah ini sepenuhnya, tetapi ia dapat dikawal.

Pencegahan
Sekiranya anak anda mempunyai masalah ekzema, segera bawanya berjumpa doktor. Selain itu, anda dapat mencegahnya dengan:-
  1. Memastikan pakaian anak anda diperbuat daripada gentian semulajadi seperti kain kapas.
  2. Elakkan daripada menggunakan sabun basuh dan pelembut kain yang mengandungi wangian.
  3. Pastikan air mandian tidak terlalu panas dan guna pembersih kulit tanpa wangian. Gunakan krim pelembap tanpa wangian selepas mandi.
  4. Bilik tidur dan tempat bermain perlu bebas daripada permaidani.
  5. Elakkan daripada memelihara haiwan kerana bulunya boleh menyebabkan alahan.




Saya adalah pengedar QASEH GOLD yang sah di Johor Bahru, Skudai dan Larkin (U23/0225-144). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0196558504 atau email di kamilia_811@yahoo.com. Konsultasi percuma sepanjang bergelar pelanggan Qaseh Insyirahku Shop.

Mahu jadi ahli QASEH GOLD? Jangan tunggu lagi. Jadi AHLI, JAGA KESIHATAN, TAMBAH PENDAPATAN.

Perkongsian ilmu tanpa batasan

Ida Kamilia Mudzakir
019-6558504

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...